Label

Aktiviti (1) Cerpen (2) discuss (3) filem (1) gosip (1) health (3) how (3) Islam (17) MY DIARIES (9) nukilan (2) petua (1) politik (1) semasa (1) sharing is caring (1)

Kau Tetap Kesayangan Ku (II)

 ( Sambungan dari Kau Tetap Kesayangan Ku )
       Hampir seminggu belum ada jawapan akhirnya permintaannya diapprovekan oleh Eira. Semenjak itu Johan sering menghantar message kepada Eira dan Eira juga membalasnya. Tindak balas Eira begitu menggembirakan hati Johan. Tidak puas sekadar berfacebook, Johan teringin mendengar suara pujaan hatinya itu. Lalu Johan mencuba nasib meminta nombor telefon pada Eira. Bertambah kegembiraan Johan apabila permintaannya tertunai. Johan sering menghubungi kekasih hatinya itu. Hati Johan sentiasa berbunga-bunga, terasa bahagianya dirinya saat itu. Eira juga masih melayannya seperti dahulu, sentiasa lemah lembut, sentiasa menjadi pendengar setia dan sentiasa memberikan kata-kata dorongan dan sokongan kepadanya. Johan juga masih dapat merasakan kelembutan dan ketulusan hati Eira dan itulah yang membuatnya tidak pernah dapat melupakan pemilik nama Hazira Malik itu.

Kau Tetap Kesayangan Ku


Suasana petang di Restoran Mesra yang berhawa dingin dan dengan cahaya neon yang romantik sungguh mendamaikan. Di meja yang terletak dipenjuru restoran itu, bertautnya sepasang mata. Eira cuba mengalihkan matanya dari renungan lelaki dihadapannya itu. Dihirupnya air jus oren yang dipesannya sebentar tadi dan kemudian dibiarkan jari-jemarinya bermain-main dengan penyedut minuman yang telah berkesan dengan gincunya. Johan tersenyum melihat gelagat wanita yang amat dicintainya sejak mereka di alam persekolahan itu. Cuma belum sempat dia meluahkan isi hatinya mereka terpisah. Kini setelah sepuluh tahun terpisah mereka bertemu kembali. Bertemu setelah sekian lama Johan berusaha mencari jejak wanita yang sangat dicintainya itu.

Politik dan Rakyat

Sedih bila melihat keadaan politik sekarang ini. Penuh dengan hasutan, caci maki dan keganasan. Tak kiralah apa parti sekali pun cuba duduk bertenang dan fikirkan sejenak apa tujuan kita berpolitik, yang pastinya untuk keamanan dan kemajuan rakyat dan negara. Tapi kalau kita asyik cuba menjatuhkan pihak lawan dengan berbagai-bagai tomahan, cacian, pemberontakkan, keganasan dan sebagainya nampaknya perjuangan kita dah tersasar dari tujuan sebenar, erti kata lain ada agenda tersendiri. Adakah budaya caci maki dan pengganas yang kita cuba terapkan kepada rakyat khususnya generasi muda.

Amalina Che Bakri Pelajar Genius Malaysia



Tak payahlah aku nak perkenalkan lagi, dah semestinya korang semua dah mengenali Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM 2005 yang telah mengejutkan ramai orang tentang kecemerlangannya mendapat 17A1. Belajar UK membuat A-Level sebelum memasuki University of Edinburgh, Scotland dalam bidang perubatan.

Garu


Pernah tak korang rasa syok kena garu? Hahaha...apa punya soalan la kan...Tapi inilah hakikat. Masa aku kecik-kecik dulu,

Kunyit



Disini aku nak kongsi sikit petua dengan korang....mak aku cakap kalau baby selesema kiter tenyehkan kunyit kat batang hidung dia. Fungsinyer untuk mengeringkan hingus tu. Mak aku kata dulu dia selalu buat kat aku dan adik2 aku dan ianya berkesan...so selamat mencuba....


Madu

gambar dari google*
Madu rasanya memang manis dan berkhasiat, tapi lain pula bagi "madu" yang satu ni. Hidup bermadu adalah racun dan sebuah mimpi ngeri bagi seorang wanita. Eh, apasal pulak cerita pasal "madu" ni?? Ko kene madu ke?? Ohhh, tidak...tidak sama sekali. Aku utarakan topik ni semata-mata untuk kiter berdiskusi. (cewah....)

Ku Tunggu Janda Mu

Mak aiii....seramnyerrr tajuk. Hah!!! amik ko. Dah macam tajuk lagulah pulakkan, tapi sebenarnya aku nak ajak korang kupas isu ni....jeng jeng jeng....Huh!!! hangat hangat memang topik yang hangat. Aku yang menaip ni pun terasa hangatnyerrr....

Nabi Daud

Keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada Nabi Daud.

  • Seorang nabi yang dikurniakan hikmah kesempurnaan ilmu, teliti dalam amal dan perbuatan serta bijaksana dalam menyelesaikan perselisihan.
  • Dikurniakan Kitab Zabur - kitab yang menghimpunkan qasidah2, sajak2 serta lagu2 yg mengandungi tasbih dan pujian kpd Allah. Mengandungi kisah umat2 yg dahulu dan berita nabi2 yg akan datang, diantaranya berita tentang datangnya Nabi Muhammad saw.

Kahwin oh kahwin....

Kahwin..kahwin...kahwin...kadang-kadang pernah tak korang terfikir apa tujuan sebenar korang berkahwin...???

  • Sebagai teman untuk mengadu dan berbicara...
  • Sebagai teman dihari tua...

Hepatitis C

Hepatitis C ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus hepatrofik yang dinamakan Hepatitis C virus (HCV). Jangkitan Hepatitis C boleh menyebabkan pembengkakan hati yang lazimnya asimtomatik (tak bersimptom), tetapi hepatitis kronik yang berterusan boleh mengakibatkan sirosis dan barah hati.
HCV boleh tersebar melalui percampuran darah dengan si pesakit.


Hepatitis B

Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.

Hepatitis A

Istilah "Hepatitis" dipakai untuk semua jenis keradangan pada hati. Terdapat pelbagai punca Hepatitis sama ada dari virus sehingga kepada ubat-ubatan, termasuk ubat tradisional. Virus hepatitis juga ada beberapa jenis:
Hepatitis A merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis A (HAV) mengakibatkan penyakit berjangkit yang teruk serta keradangan hati.

Pelawat unik

Sebelum ni aku tak tahu pun apa tu pelawat unik..maklumlah aku ni pun baru je aktif dengan dunia blog ni. Sekolah pun tak lah tinggi...tapi setahu aku pelawat unik ni penting untuk kita dipilih oleh pengiklan2 ni. Kalau banyak pelawat unik tinggilah peluang terpilih...So one day tu aku pun tanyalah kat nuffnang dan diorang reply :
Pelawat unik adalah lawatan daripada PC yang berbeza setiap hariPC yang berlainan mempunyai alamat IP yang berbeza yang dipanggil pelawat unik.


Oh...semoga sesiapa yang macam aku dok tertanye-tanye mende pelawat unik tu terjawablah sudah pertanyaan kite ye...peace <3


Itulah Kebahagiaan

KETIKA aku ingin hidup KAYA, 
Aku lupE bhw HIDUP adlh KEKAYAAN.

KETIKA aku takut MEMBERI, 
Aku lupE bhw smua yg aku miliki adlh PEMBERIAN.

KETIKA aku ingin jd yang TERKUAT, 
Aku lupE bhw dlm KELEMAHAN, Allah bg aku KEKUATAN.

Pokok

"Tanya sama pokok...apa sebab goyang...nanti jawab angin yang goncang...". Ha...tulah salah satu baris dalam lagu Pokok oleh Hazama. Tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal lagu tu mahupun artisnye, yang aku nak cerita ialah pengalaman aku dengan pokok masa aku kecik2 dulu.

Happy Birthday To Me...


Apa kes ni? hehehe...Sebenarnya just to tell all of you "Today is my birthday" that's all....byebye... :p


Makin Hari Makin Bertambah

Senarai yang "Makin Bertambah"

  • Umur : huhu...tak sangka dah 28tahun umur aku...
  • Berat badan : OMG dari dulu2 46, 47 sekarang dah 58, 59..
  • Anak : pejam celik pejam celik dah 5orang anak aku.
  • Perbelanjaan : selalu over budget...
  • Rakan Facebook : dah 975 orang...
Hermmm......Apa lagi cuba korang tambah pulak....


::..SIAPA KATA..::

SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA..
SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH..
SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP..
... SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH..
SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT..
SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu..

Konsert


Konsert tu apa? Adalah mustahil untuk manusia zaman sekarang tak tahu dan tak pernah pergi konsert. Konsert ni ada konsert yang berbayar dan konsert yang tak berbayar...

En.Man dan Panggung Wayang.



"Berapa kali dah selama ni pergi tengok wayang dengan hubby?"
Huh...tak payahlah korang tanya dengan aku sebab jawapannya 0kali...

WHAT!!!
Yup, sejak dari hari pertama aku kenal dengan En.Man hingga dah beranak pinak ni tak pernah walau sekali pun dia bawak atau teman aku tengok wayang.

Kotak iklan Churp Churp...

Ada sekali tu aku bukak la blog adik aku, terpandang la aku kotak iklan churp2 kat blog dia...Eh..aku pun nak jugak...so aku inbox la kat dia macam mana cara nak buat kotak iklan tu. Pastu dia pun reply ni...

Macam Mana Nak Kita Dipilih Penaja.

Aku pun tak arif sangat bab blog memblog ni, so baru2 ni aku ada hantar question kat nuffnang...dan dorang dah reply...meh aku kongsikn dgn korang. Mana tahu berguna utk kita semua...


Advertorial merupakan peluang yang diberikan kepada blogger-blogger yang terpilih untuk membuat review tentang sesuatu produk dan mendapat bayaran untuk setiap review yang dibuat. Walaubagaimana pun,

Memandu Kereta




"Apa lagi...belajarlah bawak kereta tu. Senang nanti........"
Mak ai....bukan tak nak tapi gemuruh, gementar, panik dan macam2 lagi lah bila pegang stereng kereta tu.
Jadi penumpang je pun aku selalu cemas bila ada kenderaan lain tetiba je laju sebelah kereta yang aku naik atau pun bila ada kenderaan besar berdekatan...ni kan pula aku yang nak drive...
Jangan kata nak drive, nak lintas jalan yang ada banyak kenderaan pun aku panik...kadang2 tu lintas jalan sambil menjerit...huhuhu...
Memang aku teringin nak drive sendiri...tapi macam mana nak hilangkan perasaan gemuruh dan cepat panik aku ni...???



Penipuan Dari Kawan Facebook

Ni aku nak cerita dengan korang...
Mak aku ni ada akaun Facebook dan friends dia pun sikit punya ramai kalah aku. Satu hari tu tengah dia dok melayan FB tetiba adalah satu mat saleh ni ajak dia berchat. Chat punye chat bawak bertelefon pulak...and then dia pun habak la yang dia anggap mak aku ni macam kakak dia dan dia juga suka dengan keluarga kitorang.

Hubungan Akhlak dan Ibadah

Akhlak adalah buah daripada ilmu dan ibadah. Ilmu dan ibadah yang membuahkan akhlak yang baik adalah ilmu dan ibadah yang bernilai di sisi Allah S.W.T. Sebaliknya ilmu dan ibadah yang membuahkan akhlak yang buruk, itu menandakan bahawa ilmu dan ibadah yang dilakukan selama ini tidak berbuah atau tidak mendapat nilaian di sisi Allah S.W.T.

Wrap The Books

Usually at the beginning of the school, we as parents will be busy preparing equipment for our children. I also include ...

That's part makes me sick is to wrap the book. It's known many of my children going to school, so I will take a long time sitting wrap their books.

Ayah dan Ibu

Setiap manusia di dunia ini pasti mempunyai ibubapa. Oleh itu hormati dan sayangilah mereka.Tanpa mereka siapalah kita. Sekiranya kita berjaya dalam pelajaran dan hidup ini sudah semestinya semua kerana jasa-jasa mereka.Marilah kita hayati dan renungkan isi dari video dibawah....

Adakah anda ibubapa, kalau ya klik DISINI


Sumpahan Kum Kum

Hari tu aku ada dapat email video cerita seram ni. So aku pun nak share la dengan korang semua..Jom kite tengok sama-sama...jangan lupa pop corn ok...



Apa pendapat korang..best tak..Bagi aku best la jugak, ada certain2 part tu terjerit la jugak aku. Anak aku Shuhada pulak manjang tutup2 mata je...kihkihkih..

Wowwww....nak tahu kenapa klik sini .



Dapat Duit Free

Dapat duit free siapa tak nakkan. Kalau tanya budak kecik pun diorang nak. Tapi duit free yang aku nak cerita ni berkenaan bantuan RM500 dari kerajaan tu....Terima kasih kepada kerajaan Malaysia.

Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana negara kita aman damai, makmur dan maju jika nak dibandingkan dengan negara lain.Baru2 ni kerajaan ada melancarkan BR1M. Tak payah la aku nak cerita panjang, semua orang mesti tahukan..

Mr.Man saya adalah salah seorang yang telah mengisi borang BR1M tu hari dan semalam dia dah pun dapat voucher tu.

Alhamdulillah..dapat la pi renew roadtax & insuran "cik kia sephia" yang dah expired 14 feb 2012 hari tu..Once again thank you BN for the help.



Berjabat Tangan Dengan Wanita Bukan Mahram

Pada zaman sekarang berjabat tangan antara lelaki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi.Tradisi buruk itu mengalahkan akhlak Islam yang semestinya ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika salah seorang dari mereka anda ajak berdialog tentang hukum syariat dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, serta merta ia akan menuduh anda sebagai orang kolot, ketinggalan zaman, tidak berpandangan luas, ekstrim, hendak memutuskan tali silaturrahim, meragukan niat baik dan sebagainya.

Adab Anak Terhadap Orang Tuanya

  1. Mendengar perkataan mereka.
  2. Berdiri menghormati apabila keduanya berdiri.
  3. Mentaati petunjuk dan nasihat keduanya.
  4. Bersegera menyahut panggilan mereka.
  5. Merendahkan diri dengan menampakkan rasa kasih.
  6. Menghindari meminta sesuatu dengan paksaan.
  7. Menjaga untuk tidak berbangga dengan bakti yang diberikan.
  8. Tundukkan pandangan terhadap mereka.
  9. Jangan menderhakai keduanya.


Bina Bahagia bersama Suzana Ghazali: Tiga belas aurat wanita

Bina Bahagia bersama Suzana Ghazali: Tiga belas aurat wanita:

sharing is caring...


Adab Bermasyarakat

  1. Menghindari diri dari menyakiti hati kawan.
  2. Merendahkan diri.
  3. Menjauhi bermuka masam.
  4. Memberikan layanan sama rata.
  5. Meminta izin jika mau masuk rumah.
  6. Mengasihi anaknya dan hormati orang tuanya.
  7. Selalu bermuka manis.

Adab Memilih Sahabat

  1. Berakal.
  2. Berakhlak.
  3. Mencari sahabat yang menyukai kebenaran.
  4. Pesan Sayidina Ali r.a:
                 "Saudaramu yang sebenarnya ialah yang bersamamu, yang sanggup           
                  bekorban demi kebahagiaanmu, kalau ada sesuatu yang menimpamu 
                  ia sanggup meninggalkan siapapun untuk bersamamu."

     5.  Jauhi orang yang selalu berbuat kefasikan.
     6.  Jauhi mereka yang cinta dunia.
     7.  Hindari mereka yang suka berbuat dusta.


Adab Menggosok Gigi

  1. Berus gigi dari bahan yang bersih (suci) dan kesat.
  2. Berus gigi dipegang dengan tangan kanan.
  3. Mulai menggosok dari kanan gigi atas.
  4. Ulangi menggosok dengan jumlah yang ganjil.
  5. Waktu yang disunahkan menggosok gigi :
  • Setelah bangun tidur.
  • Sebelum sholat.
  • Ketika bau mulut berubah.
  • Sebelum membaca Al-Quran.
  • Sebelum berkutbah atau berceramah.


Rukun Iman

Ertinya bagi meningkatkan batas batas KEIMANAN serta keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan.

PERCAYA KEPADA ALLAH S.W.T.
Dengan iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya sahaja. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain ALLAH S.W.T.

PERCAYA KEPADA MALAIKAT
Dengan iman kita memparcayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah.Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan Allah.

PERCAYA KEPADA KITAB KITAB
Dengan beriman kepada kitab kitab suci, kita mempercayai adanya kitab kitab Allah yang memimpin manusia, yang ditutup dan diakhiri dengan kitab AL-QURAN.
PERCAYA KEPADA NABI NABI DAN RASUL RASUL
Dengan beriman kepada Nabi -Nabi dan Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad S.A.W.

PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
Dengan iman, kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan lagi berkekalan iaitu sutu tempat penentuan kedudukan manusia samada di syurga atau neraka.
PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR
Dengan beriman kepad qada' dan qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan didunia ini. Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak didalam kekuasaanNya.






Rukun Islam

Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi MUHAMMAD itu adalah pesuruhNya" Dengan syahadatain, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah ALLAH s.w.t. dan Nabi MUHAMMAD s.a.w. itu adalah pesuruhNya.

SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya . Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.

MENGELUARKAN ZAKAT
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada tuhan dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.
BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan didalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH s.w.t.
MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.









Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb.Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Menyakiti Jiran

Allah s.w.t berfirman:
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran-jiran yang dekat, dan jiran-jiran yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan diri."
                                                                                                             (al-Nisa' :36)

Adab berpakaian menurut Islam

1. Menutup aurat
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh
PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.

Wanita Keluar Rumah Dengan Memakai Wangian Sehingga Menggoda Lelaki

Inilah yang sudah menjadi kebiasaan kaum wanita, keluar rumah dengan menggunakan minyak wangi sehingga menjadikan kaum lelaki lebih tergoda kerana umpama wangian yang menghampirinya.
    Sabda Rasulullah s.a.w :
"Mana-mana perempuan yang menggunakan wangian kemudian melalui suatu kaum agar mereka mencium bau wanginya, maka dia seorang penzina"

Sebahagian wanita melalaikan dan meremehkan masalah ini, sehingga dengan sembarangan memakai wangian, sama ada bersama jurujual, pemandu atau orang lain yang tidak mustahil akan tergoda.
     Dalam masalah ini, syariat Islam amat tegas.Perempuan yang telah terlanjur memakai wangian jika hendak keluar rumah ia diwajibkan mandi terlebih dahulu seperti mandi junub, meskipun bertujuan ke masjid.
     Rasulullah bersabda :
"Mana-mana perempuan yang memakai wangian kemudian keluar ke masjid (dengan tujuan) agar bau wanginya tercium orang lain, maka solatnya tidak diterima sehingga ia mandi sebagaimana mandi janabah"

   Semoga Allah menunjukkan kita semua ke jalan yang lurus....


Hari yang diharamkan berpuasa

Haram berpuasa pada lima hari :
  1. Hari Raya Fitrah (1 Syawal)
  2. Hari Raya Haji (10 Zulhijjah)
  3. Hari Tasyrik (11,12,13 Zulhijjah)
Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, puasanya tidak sah malah dikira berdosa.


Aurat perempuan

    1. Auratnya didalam sembahyang ialah seluruh badannya kecuali muka dan dua pergelangan tangan luar dan dalam.
    2. Auratnya dihadapan lelaki yang bukan muhramnya (halal nikah dengannya) ialah seluruh badannya.
    3. Auratnya dihadapan perempuan kafir ialah apa yang boleh nampak seperti pakaian orang yang sedang bekerja.
    4. Auratnya ketika bersendirian atau bersama sesama muslimah atau dihadapan lelaki muhramnya ialah antara pusat dan lutut.


Kasih Sayang Nabi Dan Kemiskinannya.

Seorang hamba Allah telah datang berjumpa dgn Nabi lalu berkata :
      "Ya Rasulullah, saya sangat2 cintakan tuan."
  Nabi : Eloklah kamu berfikir dgn teliti terlebih dahulu.
  Orang itu : Saya telah pun berfikir. Saya sangat2 kasihkan tuan, Ya Rasulullah.
  Nabi : Berfikirlah dahulu sebelum membuat ikrar yg sedemikian.
  Orang itu : Ya, saya masih cintakan tuan, Ya Rasulullah.
  Nabi : Baiklah, kalau ikrar yang kamu lahirkan tadi betul2 ikhlas, bersedialah utk menghadapi kesusahan yang akan menimpai kamu dari segala arah. Orang yang cintakan aku akan dikejar oleh kesusahan secepat ayer yang mengalir...
*rujukan : buku Himpunan Kitab-Kitab Fadhail Amal, bahagian Kisah Para Sahabat, bab3 mukasurat55.*
So jgn la kite takut akan miskin kerana ia adalah ujian utk hamba2 terpilih yg mampu menghadapi dugaan itu.Dan yang kaya pula jgn la kita takbur dan bangga diri kerana kekayaan kite itu adalah ujian daripada Allah juga utk menilai kite.....
    Semoga kite sentiasa dirahmati Allah.....Assalamualaikum...