Label

Aktiviti (1) Cerpen (2) discuss (3) filem (1) gosip (1) health (3) how (3) Islam (17) MY DIARIES (9) nukilan (2) petua (1) politik (1) semasa (1) sharing is caring (1)

Rukun Iman

Ertinya bagi meningkatkan batas batas KEIMANAN serta keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan.

PERCAYA KEPADA ALLAH S.W.T.
Dengan iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya sahaja. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain ALLAH S.W.T.

PERCAYA KEPADA MALAIKAT
Dengan iman kita memparcayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah.Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan Allah.

PERCAYA KEPADA KITAB KITAB
Dengan beriman kepada kitab kitab suci, kita mempercayai adanya kitab kitab Allah yang memimpin manusia, yang ditutup dan diakhiri dengan kitab AL-QURAN.
PERCAYA KEPADA NABI NABI DAN RASUL RASUL
Dengan beriman kepada Nabi -Nabi dan Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad S.A.W.

PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
Dengan iman, kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan lagi berkekalan iaitu sutu tempat penentuan kedudukan manusia samada di syurga atau neraka.
PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR
Dengan beriman kepad qada' dan qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan didunia ini. Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak didalam kekuasaanNya.






Rukun Islam

Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi MUHAMMAD itu adalah pesuruhNya" Dengan syahadatain, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah ALLAH s.w.t. dan Nabi MUHAMMAD s.a.w. itu adalah pesuruhNya.

SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya . Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.

MENGELUARKAN ZAKAT
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada tuhan dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.
BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan didalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH s.w.t.
MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.









Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb.Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Menyakiti Jiran

Allah s.w.t berfirman:
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran-jiran yang dekat, dan jiran-jiran yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan diri."
                                                                                                             (al-Nisa' :36)

Adab berpakaian menurut Islam

1. Menutup aurat
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh
PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.

Wanita Keluar Rumah Dengan Memakai Wangian Sehingga Menggoda Lelaki

Inilah yang sudah menjadi kebiasaan kaum wanita, keluar rumah dengan menggunakan minyak wangi sehingga menjadikan kaum lelaki lebih tergoda kerana umpama wangian yang menghampirinya.
    Sabda Rasulullah s.a.w :
"Mana-mana perempuan yang menggunakan wangian kemudian melalui suatu kaum agar mereka mencium bau wanginya, maka dia seorang penzina"

Sebahagian wanita melalaikan dan meremehkan masalah ini, sehingga dengan sembarangan memakai wangian, sama ada bersama jurujual, pemandu atau orang lain yang tidak mustahil akan tergoda.
     Dalam masalah ini, syariat Islam amat tegas.Perempuan yang telah terlanjur memakai wangian jika hendak keluar rumah ia diwajibkan mandi terlebih dahulu seperti mandi junub, meskipun bertujuan ke masjid.
     Rasulullah bersabda :
"Mana-mana perempuan yang memakai wangian kemudian keluar ke masjid (dengan tujuan) agar bau wanginya tercium orang lain, maka solatnya tidak diterima sehingga ia mandi sebagaimana mandi janabah"

   Semoga Allah menunjukkan kita semua ke jalan yang lurus....


Hari yang diharamkan berpuasa

Haram berpuasa pada lima hari :
  1. Hari Raya Fitrah (1 Syawal)
  2. Hari Raya Haji (10 Zulhijjah)
  3. Hari Tasyrik (11,12,13 Zulhijjah)
Sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut, puasanya tidak sah malah dikira berdosa.


Aurat perempuan

    1. Auratnya didalam sembahyang ialah seluruh badannya kecuali muka dan dua pergelangan tangan luar dan dalam.
    2. Auratnya dihadapan lelaki yang bukan muhramnya (halal nikah dengannya) ialah seluruh badannya.
    3. Auratnya dihadapan perempuan kafir ialah apa yang boleh nampak seperti pakaian orang yang sedang bekerja.
    4. Auratnya ketika bersendirian atau bersama sesama muslimah atau dihadapan lelaki muhramnya ialah antara pusat dan lutut.


Kasih Sayang Nabi Dan Kemiskinannya.

Seorang hamba Allah telah datang berjumpa dgn Nabi lalu berkata :
      "Ya Rasulullah, saya sangat2 cintakan tuan."
  Nabi : Eloklah kamu berfikir dgn teliti terlebih dahulu.
  Orang itu : Saya telah pun berfikir. Saya sangat2 kasihkan tuan, Ya Rasulullah.
  Nabi : Berfikirlah dahulu sebelum membuat ikrar yg sedemikian.
  Orang itu : Ya, saya masih cintakan tuan, Ya Rasulullah.
  Nabi : Baiklah, kalau ikrar yang kamu lahirkan tadi betul2 ikhlas, bersedialah utk menghadapi kesusahan yang akan menimpai kamu dari segala arah. Orang yang cintakan aku akan dikejar oleh kesusahan secepat ayer yang mengalir...
*rujukan : buku Himpunan Kitab-Kitab Fadhail Amal, bahagian Kisah Para Sahabat, bab3 mukasurat55.*
So jgn la kite takut akan miskin kerana ia adalah ujian utk hamba2 terpilih yg mampu menghadapi dugaan itu.Dan yang kaya pula jgn la kita takbur dan bangga diri kerana kekayaan kite itu adalah ujian daripada Allah juga utk menilai kite.....
    Semoga kite sentiasa dirahmati Allah.....Assalamualaikum...