Label

Aktiviti (1) Cerpen (2) discuss (3) filem (1) gosip (1) health (3) how (3) Islam (17) MY DIARIES (9) nukilan (2) petua (1) politik (1) semasa (1) sharing is caring (1)

Menyakiti Jiran

Allah s.w.t berfirman:
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran-jiran yang dekat, dan jiran-jiran yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan diri."
                                                                                                             (al-Nisa' :36)


   Kerana besarnya hak jiran, maka menyakiti jiran hukumnya haram. Dalam hadith yang diriwayatkan Abu Syuraih, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman."Baginda ditanya: Siapa Wahai Rasulullah? Baginda menjawab: "Iaitu orang yang jirannya tidak selamat dari gangguannya."

Syariat Islam benar-benar memuliakan kedudukan jiran.Sehingga orang yang melakukan hak dan kejahatan kepada jiran dihukum secara berganda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan