Label

Aktiviti (1) Cerpen (2) discuss (3) filem (1) gosip (1) health (3) how (3) Islam (17) MY DIARIES (9) nukilan (2) petua (1) politik (1) semasa (1) sharing is caring (1)

Konsert


Konsert tu apa? Adalah mustahil untuk manusia zaman sekarang tak tahu dan tak pernah pergi konsert. Konsert ni ada konsert yang berbayar dan konsert yang tak berbayar...

En.Man dan Panggung Wayang.



"Berapa kali dah selama ni pergi tengok wayang dengan hubby?"
Huh...tak payahlah korang tanya dengan aku sebab jawapannya 0kali...

WHAT!!!
Yup, sejak dari hari pertama aku kenal dengan En.Man hingga dah beranak pinak ni tak pernah walau sekali pun dia bawak atau teman aku tengok wayang.

Kotak iklan Churp Churp...

Ada sekali tu aku bukak la blog adik aku, terpandang la aku kotak iklan churp2 kat blog dia...Eh..aku pun nak jugak...so aku inbox la kat dia macam mana cara nak buat kotak iklan tu. Pastu dia pun reply ni...

Macam Mana Nak Kita Dipilih Penaja.

Aku pun tak arif sangat bab blog memblog ni, so baru2 ni aku ada hantar question kat nuffnang...dan dorang dah reply...meh aku kongsikn dgn korang. Mana tahu berguna utk kita semua...


Advertorial merupakan peluang yang diberikan kepada blogger-blogger yang terpilih untuk membuat review tentang sesuatu produk dan mendapat bayaran untuk setiap review yang dibuat. Walaubagaimana pun,

Memandu Kereta




"Apa lagi...belajarlah bawak kereta tu. Senang nanti........"
Mak ai....bukan tak nak tapi gemuruh, gementar, panik dan macam2 lagi lah bila pegang stereng kereta tu.
Jadi penumpang je pun aku selalu cemas bila ada kenderaan lain tetiba je laju sebelah kereta yang aku naik atau pun bila ada kenderaan besar berdekatan...ni kan pula aku yang nak drive...
Jangan kata nak drive, nak lintas jalan yang ada banyak kenderaan pun aku panik...kadang2 tu lintas jalan sambil menjerit...huhuhu...
Memang aku teringin nak drive sendiri...tapi macam mana nak hilangkan perasaan gemuruh dan cepat panik aku ni...???



Penipuan Dari Kawan Facebook

Ni aku nak cerita dengan korang...
Mak aku ni ada akaun Facebook dan friends dia pun sikit punya ramai kalah aku. Satu hari tu tengah dia dok melayan FB tetiba adalah satu mat saleh ni ajak dia berchat. Chat punye chat bawak bertelefon pulak...and then dia pun habak la yang dia anggap mak aku ni macam kakak dia dan dia juga suka dengan keluarga kitorang.

Hubungan Akhlak dan Ibadah

Akhlak adalah buah daripada ilmu dan ibadah. Ilmu dan ibadah yang membuahkan akhlak yang baik adalah ilmu dan ibadah yang bernilai di sisi Allah S.W.T. Sebaliknya ilmu dan ibadah yang membuahkan akhlak yang buruk, itu menandakan bahawa ilmu dan ibadah yang dilakukan selama ini tidak berbuah atau tidak mendapat nilaian di sisi Allah S.W.T.

Wrap The Books

Usually at the beginning of the school, we as parents will be busy preparing equipment for our children. I also include ...

That's part makes me sick is to wrap the book. It's known many of my children going to school, so I will take a long time sitting wrap their books.

Ayah dan Ibu

Setiap manusia di dunia ini pasti mempunyai ibubapa. Oleh itu hormati dan sayangilah mereka.Tanpa mereka siapalah kita. Sekiranya kita berjaya dalam pelajaran dan hidup ini sudah semestinya semua kerana jasa-jasa mereka.Marilah kita hayati dan renungkan isi dari video dibawah....

Adakah anda ibubapa, kalau ya klik DISINI


Sumpahan Kum Kum

Hari tu aku ada dapat email video cerita seram ni. So aku pun nak share la dengan korang semua..Jom kite tengok sama-sama...jangan lupa pop corn ok...



Apa pendapat korang..best tak..Bagi aku best la jugak, ada certain2 part tu terjerit la jugak aku. Anak aku Shuhada pulak manjang tutup2 mata je...kihkihkih..

Wowwww....nak tahu kenapa klik sini .



Dapat Duit Free

Dapat duit free siapa tak nakkan. Kalau tanya budak kecik pun diorang nak. Tapi duit free yang aku nak cerita ni berkenaan bantuan RM500 dari kerajaan tu....Terima kasih kepada kerajaan Malaysia.

Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana negara kita aman damai, makmur dan maju jika nak dibandingkan dengan negara lain.Baru2 ni kerajaan ada melancarkan BR1M. Tak payah la aku nak cerita panjang, semua orang mesti tahukan..

Mr.Man saya adalah salah seorang yang telah mengisi borang BR1M tu hari dan semalam dia dah pun dapat voucher tu.

Alhamdulillah..dapat la pi renew roadtax & insuran "cik kia sephia" yang dah expired 14 feb 2012 hari tu..Once again thank you BN for the help.



Berjabat Tangan Dengan Wanita Bukan Mahram

Pada zaman sekarang berjabat tangan antara lelaki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi.Tradisi buruk itu mengalahkan akhlak Islam yang semestinya ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika salah seorang dari mereka anda ajak berdialog tentang hukum syariat dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, serta merta ia akan menuduh anda sebagai orang kolot, ketinggalan zaman, tidak berpandangan luas, ekstrim, hendak memutuskan tali silaturrahim, meragukan niat baik dan sebagainya.

Adab Anak Terhadap Orang Tuanya

  1. Mendengar perkataan mereka.
  2. Berdiri menghormati apabila keduanya berdiri.
  3. Mentaati petunjuk dan nasihat keduanya.
  4. Bersegera menyahut panggilan mereka.
  5. Merendahkan diri dengan menampakkan rasa kasih.
  6. Menghindari meminta sesuatu dengan paksaan.
  7. Menjaga untuk tidak berbangga dengan bakti yang diberikan.
  8. Tundukkan pandangan terhadap mereka.
  9. Jangan menderhakai keduanya.


Bina Bahagia bersama Suzana Ghazali: Tiga belas aurat wanita

Bina Bahagia bersama Suzana Ghazali: Tiga belas aurat wanita:

sharing is caring...


Adab Bermasyarakat

  1. Menghindari diri dari menyakiti hati kawan.
  2. Merendahkan diri.
  3. Menjauhi bermuka masam.
  4. Memberikan layanan sama rata.
  5. Meminta izin jika mau masuk rumah.
  6. Mengasihi anaknya dan hormati orang tuanya.
  7. Selalu bermuka manis.

Adab Memilih Sahabat

  1. Berakal.
  2. Berakhlak.
  3. Mencari sahabat yang menyukai kebenaran.
  4. Pesan Sayidina Ali r.a:
                 "Saudaramu yang sebenarnya ialah yang bersamamu, yang sanggup           
                  bekorban demi kebahagiaanmu, kalau ada sesuatu yang menimpamu 
                  ia sanggup meninggalkan siapapun untuk bersamamu."

     5.  Jauhi orang yang selalu berbuat kefasikan.
     6.  Jauhi mereka yang cinta dunia.
     7.  Hindari mereka yang suka berbuat dusta.


Adab Menggosok Gigi

  1. Berus gigi dari bahan yang bersih (suci) dan kesat.
  2. Berus gigi dipegang dengan tangan kanan.
  3. Mulai menggosok dari kanan gigi atas.
  4. Ulangi menggosok dengan jumlah yang ganjil.
  5. Waktu yang disunahkan menggosok gigi :
  • Setelah bangun tidur.
  • Sebelum sholat.
  • Ketika bau mulut berubah.
  • Sebelum membaca Al-Quran.
  • Sebelum berkutbah atau berceramah.