Label

Aktiviti (1) Cerpen (2) discuss (3) filem (1) gosip (1) health (3) how (3) Islam (17) MY DIARIES (9) nukilan (2) petua (1) politik (1) semasa (1) sharing is caring (1)

Berjabat Tangan Dengan Wanita Bukan Mahram

Pada zaman sekarang berjabat tangan antara lelaki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi.Tradisi buruk itu mengalahkan akhlak Islam yang semestinya ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika salah seorang dari mereka anda ajak berdialog tentang hukum syariat dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, serta merta ia akan menuduh anda sebagai orang kolot, ketinggalan zaman, tidak berpandangan luas, ekstrim, hendak memutuskan tali silaturrahim, meragukan niat baik dan sebagainya.


Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan anak(perempuan) bapa saudara atau emak saudara dengan isteri saudara atau isteri bapa saudara baik dari pihak ayah mahupun ibu lebih mudah daripada minum air.

Sekiranya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syarak tentu mereka tidak akan melakukan perkara tersebut.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya dicucuk kepala salah seorang dari kamu dengan jarum dari besi lebih baik baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya."

Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:
"Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina."

Dan adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad s.a.w? Namun begitu baginda mengatakan:
"Sesungguhnya aku tidak pernah menyentuh dengan wanita."

Baginda juga bersabda:
"Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita."

Dan dari Aisyah r.a, dia berkata:
"Dan demi Allah, sungguh tangan Rasulullah s.a.w tidak(pernah) menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi baginda membaiat mereka dengan perkataan."

Hendaklah merasa takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam isterinya yang solehah dengan talak kerana tidak mahu berjabat tangan dengan saudara-saudara lelakinya.Perlu juga diketahui, berjabat tangan dengan lawan jenis, meskipun memakai pelapik hukumnya tetap haram.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan