Label

Aktiviti (1) Cerpen (2) discuss (3) filem (1) gosip (1) health (3) how (3) Islam (17) MY DIARIES (9) nukilan (2) petua (1) politik (1) semasa (1) sharing is caring (1)

Hubungan Akhlak dan Ibadah

Akhlak adalah buah daripada ilmu dan ibadah. Ilmu dan ibadah yang membuahkan akhlak yang baik adalah ilmu dan ibadah yang bernilai di sisi Allah S.W.T. Sebaliknya ilmu dan ibadah yang membuahkan akhlak yang buruk, itu menandakan bahawa ilmu dan ibadah yang dilakukan selama ini tidak berbuah atau tidak mendapat nilaian di sisi Allah S.W.T.


Akhlak yang buruk boleh dididik menjadi baik. Perubahan ini berlaku apabila nafsu seseorang manusia itu berjaya dididik. Akhlak manusia menjadi rosak kerana manusia terlalu menurut desakan hawa nafsu dan syaitan. Kejahatan nafsu ini dapat dilihat melalui firman Allah S.W.T.:
"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan" (Yusuf:53)

Sabda Rasulullah SAW:
"Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak diantara dua lambung engkau"


Manakala tentang syaitan, Allah berfirman:
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata" (Yusuf:5)

(Insyaallah, sama2 lah kita ke arah yang lebih baik)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan