Label

Aktiviti (1) Cerpen (2) discuss (3) filem (1) gosip (1) health (3) how (3) Islam (17) MY DIARIES (9) nukilan (2) petua (1) politik (1) semasa (1) sharing is caring (1)

Madu

gambar dari google*
Madu rasanya memang manis dan berkhasiat, tapi lain pula bagi "madu" yang satu ni. Hidup bermadu adalah racun dan sebuah mimpi ngeri bagi seorang wanita. Eh, apasal pulak cerita pasal "madu" ni?? Ko kene madu ke?? Ohhh, tidak...tidak sama sekali. Aku utarakan topik ni semata-mata untuk kiter berdiskusi. (cewah....)

         Bagi kaum adam, biler dengar pasal "madu" mungkin ada yang senyum sampai ke telinga. Ada pulak sesetengahnyer menjadikan alasan sunnah nabi sebagai tiket untuk membuatkan wanita2 bermadu. Tapi terfikir tak korang betapa beratnyer tanggungjawab dan beban seorang suami pikul untuk seorang isteri, inikan pula untuk 2 3 dan 4 orang isteri....jawabnyer senang betul untuk tergelincir ke neraka. Ish ish ish....tak takut ker....kalau dah penuh ilmu didada tu lainlah ni dosa sendiri pun tak terpikul nak pikul pulak dosa2 orang lain....pikir2kanlah.
          Bagi kaum hawa pulak, mana2 yang dah kena "madu" tu banyaklah pulak dramanyer...redha jelah...nak buat cammaner dah bahgian korang. Karang banyak bunyi korang jugak yang tanggung dosa. Bagi yang merancang nak kahwin dengan suami orang tu fikir2kanlah dulu buruk baiknyer. Kalau lelaki tu mampu dari segi kewangan, kuat agama dan mampu zahir batin takpelah tapi kalau sembahyang pun liat batalkan jelah niat korang sebab lepas tu mesti banyak drama dan penderitaan yang terpaksa korang lalui.
           Apa2 pun semuanya terpulang pada korang, tepuk dada tanya selera. Ini sekadar pandangan aku jer.....peace



Tiada ulasan:

Catat Ulasan