Label

Aktiviti (1) Cerpen (2) discuss (3) filem (1) gosip (1) health (3) how (3) Islam (17) MY DIARIES (9) nukilan (2) petua (1) politik (1) semasa (1) sharing is caring (1)

Nabi Daud

Keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada Nabi Daud.

  • Seorang nabi yang dikurniakan hikmah kesempurnaan ilmu, teliti dalam amal dan perbuatan serta bijaksana dalam menyelesaikan perselisihan.
  • Dikurniakan Kitab Zabur - kitab yang menghimpunkan qasidah2, sajak2 serta lagu2 yg mengandungi tasbih dan pujian kpd Allah. Mengandungi kisah umat2 yg dahulu dan berita nabi2 yg akan datang, diantaranya berita tentang datangnya Nabi Muhammad saw.
  • Allah memerintahkan gunung-ganang tunduk mengikut Nabi Daud bertasbih siang dan malam.
  • Burung2 pun turut bertasbih berulang-ulang mengikut tasbih Nabi Daud.
  • Nabi Daud dikurniakan Allah supaya memahami suara/bahasa burung2.
  • Allah telah memberinya kekuatan melembutkan besi, sehingga dia dapat membuat baju2 dan lingkaran2 besi dengan tangannya tanpa pertolongan api.
  • Nabi Daud telah diberi kesempatan menjadi raja memimpin kerajaan yg kuat yg tidak dapat dikalahkan oleh musuh, bahkan sebaliknya ia selalu memperoleh kemenangan keatas semua musuhnya.
  • Nabi Daud dikurniakan oleh Allah suara yg merdu dan enak didengar. Sehingga ia menjadi kiasan bila seseorang bersuara merdu dikatakan bahawa ia memperoleh suara Nabi Daud.
Betapa indahnya keperibadian Nabi Daud....Jadi kepada mereka yang telah dinamakan dengan Daud, jagalah peribadimu supaya sesuai dengan nama mu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan