Label

Aktiviti (1) Cerpen (2) discuss (3) filem (1) gosip (1) health (3) how (3) Islam (17) MY DIARIES (9) nukilan (2) petua (1) politik (1) semasa (1) sharing is caring (1)

Pokok

"Tanya sama pokok...apa sebab goyang...nanti jawab angin yang goncang...". Ha...tulah salah satu baris dalam lagu Pokok oleh Hazama. Tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal lagu tu mahupun artisnye, yang aku nak cerita ialah pengalaman aku dengan pokok masa aku kecik2 dulu.


Cerita 1: Masa aku darjah 2 gitu...kat belakang rumah aku ada pokok jambu air. Boleh tahan la besarnyer. Satu hari tu aku panjat pokok tu dan duduk la kat dahannyer sambil melantak buahnyer. Tiba2 aku terdengar mak aku cakap sorang2 kat dapur "mana pulak pergi budak ni...". Kihkihkih...mak aku cari aku rupanyer tapi tak jumpe2 yang aku pulak dah tau pun masih duduk diam2 kat atas pokok tu....nakalnyer aku....

Cerita 2 : Masa aku darjah 4, mak aku ada bukak kedai jahit. Kat depan kedai tu ada pokok jambu batu. Aku dan adik aku aisyah selalu main kat pokok tu dengan 2orang anak taukey kedai borang dan sorang anak taukey kedai kek kat kawasan tu jugak. Satu hari tu kitorang semua main la macam biasa, tapi yang slacknyer aku pakai baju kurung so apelagi kain aku pun sangkut dan BEDEBUK dada aku ke tanah. Mak aiiii...tak boleh bernafas la aku sekejap. Nyonya kedai borong kat situ pun terjerit-jerit la suruh adik aku balik panggil mak. Hehehe...nasib baik tak de apa2...

Cerita 3 : Ni masa aku form 2. Kat kampung aku ada la 3 ke 4 batang pokok rambutan. Ada satu pokok ni bentuk dia memang unik. Berlingkar-lingkar, memang sesuai la kalau nak panjat2 dan bersidai-sidai kat atas dahan pokok tu. Memang boleh kata ni la pokok favourite aku. Nak tau apa aku selalu buat kat pokok tu...sorang2 bawak buku, panjat, duduk kat dahan dan baca buku tu. Rasa2 macam dah penat baca buku duduk melantak buah rambutan tu pulak...

Ermm..best jugak bila flashback kenangan masa kecik2. Tapi sekarang ni jangan la korang suruh aku panjat...tak kuasa mak!!! Dulu badan kurus macam lidi boleh la aku bergimnastik atas pokok tapi sekarang...tak kuasa nak cakap. Belum sempat duduk patah pulak dahan tu karang...huhuhu...Korang pun mesti ada pengalaman dengan pokokkan...komen lah sikit....peace <3 


2 ulasan:

  1. nice posting mbak..... salam kenal ya

    BalasPadam
  2. dulu selalu lepak atas pokok :)
    byk kenangan gak dgn pokok :)

    BalasPadam