Label

Aktiviti (1) Cerpen (2) discuss (3) filem (1) gosip (1) health (3) how (3) Islam (17) MY DIARIES (9) nukilan (2) petua (1) politik (1) semasa (1) sharing is caring (1)

Amalina Che Bakri Pelajar Genius Malaysia



Tak payahlah aku nak perkenalkan lagi, dah semestinya korang semua dah mengenali Nur Amalina Che Bakri, pelajar terbaik SPM 2005 yang telah mengejutkan ramai orang tentang kecemerlangannya mendapat 17A1. Belajar UK membuat A-Level sebelum memasuki University of Edinburgh, Scotland dalam bidang perubatan.
Ada satu kali tu aku terkejut apabila lihat gambar-gambar dan gosip-gosip liar tentang dia di Facebook dan laman-laman sosial yang lain. Nyaris-nyarislah aku terpercaya...tapi dengan kemunculannya di TV3 dalam Nona (ahad/8apr2012) semuanya terjawab. Memanglah fesyen dia tu tak melambangkan muslimah tapi pelajaran dia memang terbaik. Ala..apala yang nak dikecohkan sangat, macam la kat Malaysia ni semuanya mengamalkan pakaian muslimah. Tengok jelah artis-artis kita dan segelintir anak-anak muda kita kalau berfesyen tu makdatokkk....lebih kurang sama je, malah kadang-kadang tu lagi over. Yang tak baiknya, ada yang kata pelajarannya beginilah begitulah pada hal dia masih lagi pelajar disana malah dia adalah antara best student kat sana. Dia juga terlibat dengan penyelidikan tentang kanser dan bukunya akan keluar dalam tahun ni...syabas!!!
Kalau nak kata 'masa sekolah dulu bertudung, kat UK tak pulak' ataupun 'o masa waktu sekolah je pakai ye...' macamlah Amalina sorang je yang buat macam tu. Kat sekolah kena paksa pakai tudung tapi bila luar waktu sekolah tak pakai tudung dan pakai baju yang bermacam-macam fesyen tu dah jadi perkara biasa..
Eh, bukanlah aku nak menyokong orang yang tak tutup aurat tapi sebagai saeorang yang baik kita juga tak patut membuka aib orang lainkan.....apatah lagi memfitnah. Nanti kalau satu masa korang atau keluarga korang sakit dan dia yang jadi doktornya ha!!!...malu ko. So bersama-samalah kita menjaga adab dan adat masing-masing ok......adios.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan