Label

Aktiviti (1) Cerpen (2) discuss (3) filem (1) gosip (1) health (3) how (3) Islam (17) MY DIARIES (9) nukilan (2) petua (1) politik (1) semasa (1) sharing is caring (1)

Kau Tetap Kesayangan Ku (II)

 ( Sambungan dari Kau Tetap Kesayangan Ku )
       Hampir seminggu belum ada jawapan akhirnya permintaannya diapprovekan oleh Eira. Semenjak itu Johan sering menghantar message kepada Eira dan Eira juga membalasnya. Tindak balas Eira begitu menggembirakan hati Johan. Tidak puas sekadar berfacebook, Johan teringin mendengar suara pujaan hatinya itu. Lalu Johan mencuba nasib meminta nombor telefon pada Eira. Bertambah kegembiraan Johan apabila permintaannya tertunai. Johan sering menghubungi kekasih hatinya itu. Hati Johan sentiasa berbunga-bunga, terasa bahagianya dirinya saat itu. Eira juga masih melayannya seperti dahulu, sentiasa lemah lembut, sentiasa menjadi pendengar setia dan sentiasa memberikan kata-kata dorongan dan sokongan kepadanya. Johan juga masih dapat merasakan kelembutan dan ketulusan hati Eira dan itulah yang membuatnya tidak pernah dapat melupakan pemilik nama Hazira Malik itu.

          "Johan...apa tenung I macam nak telan ni.." usik Eira sambil tersenyum manis. Tersentak Johan dari kotak kenangannya. "Eh, tak ada apa-apalah" Johan cuba menyembunyikan riak wajah terkejutnya, dihirupnya air nescafe ais dihadapannya sehingga tinggal setengah cawan. "Kata tadi nak bincang sesuatu, sampai tak boleh nak cakap dalam telefon. Nak kena jumpa juga, ni dah jumpa termenung pula dia..."manja suara Eira mengusik gegendang telinga Johan dan suara itulah yang sering membuatkan Johan tak lena tidur. "Eira..sebenarnya...maaf ya sekiranya pertanyaan I ni agak sensitif sikit". Berkerut dahi Eira "apa yang serius sangat ni?". Johan membetul-betulkan kedudukan duduknya dan memandang tepat kemata Eira "you bahagia tak dengan rumah tangga you? berdasarkan perbualan kita di telefon I dapat merasakan yang you menderita dan ....." susah untuk Johan menghabiskan kata-katanya seperti ada sesuatu yang tersekat dikerongkongnya dan belum sempat Johan menyudahkan kata-katanya Eira memintas "bahagia atau tidak kita terpaksa juga tempuhinya. I mesti fikirkan anak-anak I, mereka rapat dengan bapa mereka dan I tak boleh hanya memikirkan diri I sahaja". Johan menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya dengan berat "kenapa you tinggalkan I macam tu aje dulu? you tak beritahu I pun yang you sekeluarga nak berpindah?" tanya Johan lagi. Eira mengetap bibirnya seketika "masa tu keluarga I ada banyak masalah dan I begitu tertekan. Memang I tak cakap dengan sesiapa pun pasal perpindahan keluarga I, bahkan kawan baik I sendiri tak tahu. Lagipun kita tak pernah menjadi pasangan kekasih dan I rasa you takkan kisah pasal I" jawab Eira sambil tunduk melihat meja. "Eira you tahu tak I sangat cintakan you sejak dari dulu lagi dan takkan pernah hilang cinta I kepada you. You are my princess" Johan melepaskan apa yang terpendam sekian lama. Berkaca-kaca bebola mata Eira mendengar pengakuan itu "kenapa tidak you melafazkannya dari dulu?". "I cuba...I cuba...I bagi you bunga, hadiah dan potret you yang I lukis sendiri. Kita juga selalu bersama-sama di sekolah walaupun kita bukan dari tingkatan yang sama tapi untuk melafazkan ucapan I love you itu I kelu dan I mengharapkan yang you faham sendiri bagaimana perasaan I kepada you" tambah Johan. "Perbuatan takkan dapat menggantikan sebuah pengucapan" ujar Eira. "Yang sebenarnya I takut untuk menerima hakikat kalau-kalau I hanya bertepuk sebelah tangan" ujar Johan pula. Johan memberanikan diri bertanya kepada Eira "Eira...adakah kalau dahulu I melafazkannya kepada you adakah you akan menerima I? Adakah you juga mencintai I pada masa itu?". Menitis mutiara jernih yang telah lama bergenang didalam kelopak mata Eira melalui pipinya yang gebu itu, "sememangnya itu yang I harapkan dan sememangnya I juga mencintai you, tapi I perempuan dan I memerlukan kepastian dari sebuah pengucapan. I tak nak memalukan diri sendiri sekiranya I hanyalah bertepuk sebelah tangan..."sayu suara Eira menahan sebak. Tersandar Johan mendengar kata-kata Eira "ya Allah, cubalah kalau dari dulu I ada sedikit keberanian untuk mengucapkannya dah tentu kita akan bahagia disaat ini" keluh Johan. "Ya mungkin...tapi sekarang itu tak mungkin terjadi. Semua itu adalah kenangan dan kini kita sama-sama punya keluarga sendiri dan tanggungjawab yang perlu digalas. Yang mesti kita buat sekarang ini ialah memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada pasangan dan anak-anak kita. I akan mendoakan kebahagian you sekeluarga dan I harap you juga mendoakan yang terbaik untuk diri I. I rasa biarlah ini menjadi pertemuan terakhir kita, selepas ini I harap tak usahlah you mencari I lagi. Memang I sayangkan you dan tak pernah melupakan you tapi I telah dimiliki dan I harap you mengerti" selesai kata-kata dari bibir yang merah bak delima itu, mengalir laju mutiara jernih dari kelopak mata kedua-dua kekasih itu. Eira bangun dari kerusinya sambil memandang wajah Johan "Assalamualaikum..." ucap Eira sambil terus berlalu meninggalkan Johan yang kelu tidak dapat berkata-kata. 'Waalaikumsalam...walau apa pun terjadi kau tetap kesayangan ku........' bisik hati Johan sambil memandang Eira yang semakin jauh dari pandangannya.

TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan