Label

Aktiviti (1) Cerpen (2) discuss (3) filem (1) gosip (1) health (3) how (3) Islam (17) MY DIARIES (9) nukilan (2) petua (1) politik (1) semasa (1) sharing is caring (1)

Kau Tetap Kesayangan Ku


Suasana petang di Restoran Mesra yang berhawa dingin dan dengan cahaya neon yang romantik sungguh mendamaikan. Di meja yang terletak dipenjuru restoran itu, bertautnya sepasang mata. Eira cuba mengalihkan matanya dari renungan lelaki dihadapannya itu. Dihirupnya air jus oren yang dipesannya sebentar tadi dan kemudian dibiarkan jari-jemarinya bermain-main dengan penyedut minuman yang telah berkesan dengan gincunya. Johan tersenyum melihat gelagat wanita yang amat dicintainya sejak mereka di alam persekolahan itu. Cuma belum sempat dia meluahkan isi hatinya mereka terpisah. Kini setelah sepuluh tahun terpisah mereka bertemu kembali. Bertemu setelah sekian lama Johan berusaha mencari jejak wanita yang sangat dicintainya itu.
Inilah pertemuan pertama mereka  selepas satu bulan berhubung melalui facebook dan telefon. Ternyata wanita yang menjadi pujaannya sejak dahulu itu tidak banyak berubah walaupun telah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Johan sendiri telah berumah tangga setahun yang lalu dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, tetapi Johan tidak bahagia dengan perkahwinannya. Johan berkahwin atas desakan keluarga yang mengharap agar Johan cepat-cepat mendirikan rumah tangga. Pada mulanya berat hati Johan untuk mencintai wanita lain selain Eira tetapi Johan terpaksa cuba mencintai Ziela, wanita yang akan dinikahinya atas pilihan keluarganya itu. Panas tidak sampai ke petang, rumah tangga yang dibina berkocak pada bulan kelima perkahwinan mereka. Ternyata Ziela bukanlah seperti yang diharapkan. Ziela seorang yang sentiasa inginkan kebebasan dan kasar orangnya. Ziela sering keluar rumah tanpa izin dari Johan dan tidak memikirkan makan minum dan pakai Johan. Ingin sahaja diceraikannya Ziela tetapi memikirkan Ziela sedang mengandungkan anaknya Johan terpaksa membatalkan niatnya. Sedikit demi sedikit perasaan cinta yang cuba  dipupuk oleh Johan kepada Ziela mulai hilang. Selepas cahaya mata mereka Aisha dilahirkan, Johan langsung tidak menyentuh mahu pun mengadakan hubungan intim dengan Ziela. Johan menjadi tawar hati dengan perangai Ziela selama mereka bersama. Ziela pula seperti tidak kisah langsung dengan semua itu. Bagi Johan habis bekerja dia akan terus pulang kerumah semata-mata demi anak mereka. Johan serba salah untuk memisahkan anaknya dari Ziela walaupun hakikatnya anaknya itu lebih rapat dengan dirinya. Dalam keadaan jiwa yang kosong itulah Johan kembali teringatkan gadis yang pernah bertakhta dilubuk hatinya itu dan kini perasaannya itu semakin mendalam. Atas desakan hatinya, Johan merancang untuk mencari Eira semula. 'Baik aku cuba cari melalui facebook, dengar cerita ramai yang dah bertemu semula setelah lama terpisah melalui facebook ni' bisik hati Johan. Segera dicapainya komputer riba diatas mejanya dan laju jari jemarinya menaip 'Hazira Malik'. Sesungguhnya memang Johan tidak pernah melupakan nama itu. 'Ada!!' jerit hati kecilnya. Dibaca profil pemilik nama itu, ya gambar profilnya juga membuktikan memang wanita ini adalah Eira yang telah mencuri hatinya selama ini. Masih ayu seperti dulu dan memang tidak berubah sama sekali, tetapi Johan sedikit terkilan apabila melihat status Eira yang telah berkahwin. 'Ah, peduli apa!' laju jari Johan menghantar friend request.

                                                                                                                                         BERSAMBUNG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan