Label

Aktiviti (1) Cerpen (2) discuss (3) filem (1) gosip (1) health (3) how (3) Islam (17) MY DIARIES (9) nukilan (2) petua (1) politik (1) semasa (1) sharing is caring (1)

Politik dan Rakyat

Sedih bila melihat keadaan politik sekarang ini. Penuh dengan hasutan, caci maki dan keganasan. Tak kiralah apa parti sekali pun cuba duduk bertenang dan fikirkan sejenak apa tujuan kita berpolitik, yang pastinya untuk keamanan dan kemajuan rakyat dan negara. Tapi kalau kita asyik cuba menjatuhkan pihak lawan dengan berbagai-bagai tomahan, cacian, pemberontakkan, keganasan dan sebagainya nampaknya perjuangan kita dah tersasar dari tujuan sebenar, erti kata lain ada agenda tersendiri. Adakah budaya caci maki dan pengganas yang kita cuba terapkan kepada rakyat khususnya generasi muda.

           Sebagai rakyat pula tanamkanlah rasa bersyukur dengan apa yang kita ada jika nak dibandingkan dengan negara2 jiran kita. Berbagai bantuan dan kemudahan yang kita kecapi disamping dengan kecanggihan teknologi yang kita miliki, apa itu pun masih belum cukup untuk membuatkan kita merasa bersyukur. Ingat politik/kerajaan bukan untuk rakyat sahaja tetapi juga untuk kemajuan negara. Kalau rakyat asyik berkeluh kesah dan sentiasa mengharapkan itu dan ini sambil menadah tangan bagaimana kerajaan hendak membangunkan dan memajukan sesebuah negara itu. Takkan kita sebagai rakyat tidak sanggup berkorban untuk negara walau sedikit pun. Bukanlah bermaksud rakyat tak boleh menuntut hak tapi ikutlah saluran yang betul. Contohnya kalau anda rasa anda terlingkung dalam keluarga yang susah dan anak2 ramai pergilah isi borang Baitulmal, JKM dan sebagainya. Saya jamin kalau anda betul2 layak anda pasti dibantu, bukannya dengan cara mencaci maki, mengganas, memberontak dan sebagainya sebab ini bukan sahaja mencalarkan imej anda tetapi imej negara dan seluruh rakyat Malaysia juga.
          Maafkan saya sekiranya penulisan saya ini ada yang salah dan ada yang tidak berkenan tetapi ini sekadar pandangan saya sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan